Tuesday, October 6, 2009

Tempias ribut kencang PARMA akan landa Malaysia tengah malam ini?

PETALING JAYA: Sejak beberapa jam yang lalu, terdapat beberapa pihak yang mengedarkan SMS memaklumkan bahawa ribut taufan yang kuat dinamakan PARMA dengan kelajuan 222 kilometer sejam akan melanda negara jiran Filipina menjelang tengah malam ini.

SMS tersebut memberi amaran kepada penerimanya bahawa tempias ribut ini dijangka sampai ke Malaysia beberapa jam selepas itu.

“Elakkan daripada berada di tempat awam dan terbuka juga beri amaran kepada mereka yang tinggal di pantai Timur Semenanjung Malaysia,” kata pesanan ringkas tersebut.

Usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca Malaysia.

Sehingga berita ini disahkan oleh pihak berkuasa anggaplah pesanan ini sebagai satu berita yang belum tepat kesahihannya.

Selasa Oktober 6, 2009
http://www.mstar.com.my/berita/

No comments:

Post a Comment