Thursday, October 1, 2009

Ops sikap 20 Gagal?

Alhamdulillah, setelah sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan, maka Allah anugerah satu hari kemenangan iaitu Hari Raya Eidul Fitri. Hari raya ini merupakan hari yang perlu diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.

Namun, terdapat juga dalam kalangan kita yang menyambutnya dengan tangisan air mata kerana orang yang disayangi tiada disamping mereka ketika menyambut hari raya.

Ops sikap 20 yang telah dijalankan selama 2 minggu pada tahun 2009 adalah kadar kemalangan kedua terbesar 261 kes semenjak operasi ini dijalankan.

Walaupun pelbagai operasi yang dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab, namun perkara ini juga tidak dapat untuk diatasi.

Hal ini yang dikatakan ajal maut ditangan Tuhan. Pekara ajal tidak ketahui oleh manusia. Mungkin tiba-tiba sahaja boleh malaikat maut mencabut nyawa.

Tetapi Allah tidak berkehendak demikian. Allah jadikan sebab musabab sebagai jalan menuju perakhiran kehidupan. Kemalangan suatu tragedi yang tidak dapat dijangkakan dan bukan kita rancang.

ولكل أمة أجل فإذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu), apabila ajalnya sudah tiba, mereka tidak dapat meminta tunda atau percepat sesaat pun”
Surah Al-A’raf : 34

Ayat ini menjadi bukti bahawa setiap yang bernafas, pasti ada pengakhirannya. Ajal tidak dapat diketahui bila dan dimana. Justeru, apabila tiba masa dan tempat yang tertulisnya maut seseorang, ianya akan terjadi.

Kadang-kadang yang muda, masih lagi sihat dan bertenaga pun meninggal dunia. Ada yang tergejut dengan sesuatu berita tergempar dan juga mati kemalangan jalan raya.

Sehebat mana manusia di atas muka bumi, pasti dia bertemu ajal. Allah telah mengajar kita dengan pra kematian sehari semalam dengan solat. Bila kita mengangkat takbir dan menyebut lafaz Allahu Akbar, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada solat tanpa menghiraukan perkerjaan dunia yang belum sudah.

Ops 20 bukannya gagal tetapi Allah ingin menjemput hambanya pulang ke tempat yang kekal abadi di negeri akhirat.

Mohd Nawwar Abu Mukhtar

No comments:

Post a Comment