Saturday, September 5, 2009

Majlis Penyerahan Fail


Kepimpinan merupakan pemacu utama dalam sesebuah gerakan atau organisasi yang membawa dasar perjuangan tersendiri. Mereka golongan yang bertanggungjawab terhadap memikir, memerah otak, mencari idea yang bernas bagi melangsungkan agenda perjuangan. Jesteru itu, dalam masa yang sama, mereka juga tidak leka untuk mendidik dan melatih bakat kepimpinan baru yang terpendam dalam diri seseorang.


Proses latihan ini terus berjalan sehingga sampai satu masa peralihan kuasa. PPIUPSI baru sahaja melaksanakan tanggungjawabnya dengan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan sebagai medan menganalisis kembali pergerakan PPIUPSI sama ada aktif atau pasif.


Peralihan kepimpinan juga menjadi agenda utama di dalam AGM tersebut. Dengan ini, nahkoda baharu dipilih untuk memandu PPIUPSI meluncur laju ke hadapan. Selepas daripada itu, pertemuan di antara Majlis Tertinggi lepas dan Majlis Tertinggi baharu telah diaturkan. Pertemuan ini akan membincangkan berkaitan dengan pembawakan agenda yang lepas, postmoterm gerak kerja serta agenda yang perlu diteruskan.


Seterusnya, sesi penyerahan fail tugas di antara Presiden lepas dengan Presiden baharu. Ini bermakna, segala tugas telah sempurnakan diserahkan kepada pimpinan baharu bagi memacu PPIUPSI. Dengan harapan, mereka yang baharu dapat mengiat aktifkan PPIUPSI dengan pelbagai program dakwah.


MOHD NAWWAR B. ABU MUKHTAR

Pemuda Agen Pengubah


Tuesday, September 1, 2009

PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI SIRI KE 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Pendidikan Islam UPSI dengan kerjasama Pusat Islam UPSI akan mengadakan Pengajian Pondok Universiti siri ke 2 pada :

Hari : Ahad
Tarikh : 6 September 2009 / 16 Ramadhan 1430H
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Tanjung (DST)

Tajuk :
Fiqh Muamalah dan Fiqh Shiyam (Puasa)

Pengkuliah :
Ust. Anhar bin Opir
Pensyarah Jabatan Pengajian Islam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Semua Warga UPSI dijemput hadir.

http://pusatislam.upsi.edu.my/
www.ppiupsi.webnode.com