Thursday, October 8, 2009

Isu Posting Ditangguhkan Pada Tahun 2010


Sekarang ini isu posting ditangguhkan pada tahun 2010 menjadi tajuk perbualan utama mahasiswa UPSI selepas disebarkan melalui media UPSIKINI blogspot. Laporan itu hasil daripada ucapan perasmian oleh Timb. Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa TNC A&A, Prof. Dr Zakaria Kasa melalui seminar Simposium Hajatuju Pendidikan Fizik di Malaysia 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS). Hakikat ini perlu diterima oleh mahasiswa bakal pendidik sekiranya ia terjadi.


Kemudian, isu ini dipanaskan lagi melalui media MALAYSIAKINI.com yang dipetik sumbernya menerusi UPSIKINI.blogspot. Isu ini merupakan isu nasional yang perlu digerakkan ke peringkat atasan. Hujah yang disampaikan berkaitan isu penangguhan penempatan guru adalah kerajaan tidak mempunyai pembiayaan yang cukup pada tahun tersebut. Oleh yang demikian, dikatakan penangguhan penempatan guru di sekolah akan ditangguhkan selama dua tahun.


Saya pun tidak pasti mengapa kes ini berlaku. Pada pertengahan 2009, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan ekonomi Negara semakin stabil walaupun dalam yang masa juga didedahkan ekonomi negera kemucup sebanyak 6.2 peratus. Projek Liberalisasi Ekonomi yang dilancarkan mendapat sambutan dari pihak luar yang berminat untuk menyertai. Semua ini pastinya mendapat pulangan yang hebat pada Negara.


Namun, isu kerajaan tidak mempunyai kewangan tidak mungkin berlaku. Menurut cakap-cakap kawan-kawan saya yang menuntut di IPG, pada kemasukkan pelajar baharu akan datang ke IPG, kemungkinan kerajaan sudah tidak akan menanggung sepenuhnya sepanjang tempoh pengajian seperti yang dijalankan kini.


Isu penangguhan ini belum dikeluarkan secara hitam putih oleh pihak kerajaan. Kita hanya diberitahu oleh TNC A&A. Pun begitu, dikatakan juga surat pekeliling mengenai penangguhan penempatan guru sudah dikeluarkan di IPG. Kemungkinan isu ini betul-betul dilaksanakan.


Segala kemungkinan dan apa yang diperkatakan sepatutnya diselidik terlebih dahulu. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Prof kerana tampilkan isu ini dikhalayak mahasiswa dan juga kepada Exco Akademik dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Pelajar MPP kerana bertindakan tepat, berjumpa dengan TNC A&A bagi mengetahui kesahihan kes ini.


Saya cadangkan kepada pihak MPP supaya diadakan sesi dialog dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri untuk menyelesaikan isu penangguhan penempatan guru. Buat dialog secara terbuka dan berikan ruang agar KPM menerangkan situasi sebenarnya berlaku. Mahasiswa pendidik boleh menerima hakikat ini sekiranya terdapat halangan-halangan yang menyebabkan pemerintah membuat keputusan sebegini.

MOHD NAWWAR B. ABU MUKHTAR

No comments:

Post a Comment