Friday, October 30, 2009

'Ibrah Sepanjang Sejarah Islam siri 2

Manusia tidak terlepas dari dua peraturan yang Allah ciptakan iaitu syariat Allah dan Sunnatullah. Dua perkara perlu seiring dan tidak boleh dipisahkan. Sejarah Islam memberi gambaran kepada kita akan perjalanan umat terdahulu menjalani syariat Allah serta diselarikan dengan sunnatullah.

Untuk kefahaman lagi, Ust. Hasrizal datangkan contoh kisah kebun Pak Abu dan kebun Ah Chong. Pak Abu seorang yang kuat agama serta rajin melakukan ibadah sunat. Hari demi hari dia berdoa agar dimurahkan rezeki melalui perusahaan kebunnya. Selesai dia melakukan solat dhuha, dia akan pergi menjenguk kebun kira-kira jam 10.00 pagi dan pulang sekitar jam 1.00 petang. Di sana dia hanya sekadar menyiram tanaman kebunnya tanpa ada penambahan lain untuk kesuburan seperti baja. Lazimnya, sudah menjadi rutin pak abu dengan perbuatan tersebut pada setiap.

Berlainan dengan Ah chong. Setiap hari tepat jam 7.00 pagi, dia sudah terpacak di kebunnya. Pelbagai cara yang dia lakukan bagi memastikan kesuburan dan kualiti tanaman dalam keadaan terjaga. Dia membajak tanah untuk menyediakan longkang air, meletakkan baja membunuh kulat dan menyiram tanaman. Hari-hari, inilah yang dia buat.

Apabila menuai hasil, pastinya kebun Ah Chong melebihi pendapatan berbanding Pak Abu. Kenapa jadi demikian? Sedangkan setiap Pak Abu menadah tangan berdoa supaya dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda kerana dia tahu hanya Allah yang memberi rezeki kepada manusia. Sebaliknya Ah Chong yang memperolehi hasil terbaik.

Layak bagi manusia mendapat terbaik

Inilah dikatakan sunnatullah. Walaupun pak abu memenuhi ciri-ciri syariat Islam dengan solat dan doanya, namun dia gagal memenuhi ciri-ciri sunnatullah. Dia hanya berdoa tanpa meningkatkan usaha untuk mencapai hasil terbaik. Allah adalah akan kurniakan kepada sesiapa yang layak bagiNya untuk menerima apa jua yang diminta oleh hamba dengan syarat ada usaha sendiri.

Sejarah Islam membuktikan

Begitu juga dengan sejarah Islam. Cuba kita hayati, banyak sejarah Islam telah mencapai ciri-ciri syariat Islam dan sunnatullah. Mereka telah melayakkan diri mendapat bantuan dan pertolongan Allag. Sultan Muhammad al-Fatih layak membuka kota konstantinopel kerana berjaya memenuhi kedua-dua tuntutan. Selama dua tahun beliau mengkaji keadaan kota tersebut dari segi kekuatan tentera dan bahan binaan kota serta merancang strategi peperangan. Bahkan baginda tidak lupa memastikan diri dan tenteranya memelihara ibadah. Hal ini yang menyebabkan kemenangan menjadi milik mereka.

No comments:

Post a Comment