Friday, October 30, 2009

SELAMAT MENDIDIK WAHAI MURABBI.....

Alhamdulilllah, kita masih diberi nafas dalam cinta dan kasih sayang Allah. Setelah empat tahun berhempas pulas mengutip mutiara ilmu di bumi pendidikan ini, para graduan UPSI menantikan seruan panggilan untuk bergelar sebagai seorang guru. Bagi mahasiswa UPSI, cita-cita mahu menjadi pendidik telah lama dipasakkan di dalam hati sanubari sejak kali pertama melangkah kaki ke sana.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada teman-teman UPSI yang berjaya mendapat penempatanperguruan. Apa yang diimpikan selama ini sudah menjadi kenyataan. Walaupun sekolah yang dipostingkan itu bukan pilihan sendiri, namun ini merupakan satu titik permulaan bagi insan bergelar guru.

Idealisme dan kreativisme

Apabila berpindah ke alam pendidik, pastinya berbeza dari alam mahasiswa. Dahulu, alam mahasiswa penuh dengan idealisme yang melangit tinggi bagi menyelesaikan masalah atau merencana sesuatu projek. Pantang diminta pandangan, lantas memberi buah fikiran. Idea yang dilontarkan belum tentu rasional dengan punca masalah tetapi keghairahan idealisme mahasiswa tidak ada erti kata “tak boleh” untuk berhadapan dengannya.

Begitu juga sifat kreativisme yang tidak lekang pada diri mahasiswa. Bila menjalankan aktiviti dan merancang program, pelbagai kaedah dan pendekatan cuba difikirkan seperti untuk menarik minat mad ‘u kepada mereka. Ada juga mahasiswa proaktif sering mencari jalan penyelesaian secara ‘hikmah’ dengan pihak universiti apabila berhadapan dengan aktiviti bercanggah dengan prinsip mereka genggam.

Alam pendidik sudah semestinya berbeda. Namun saya ingat, perjalanan hidup yang pernah kita alami sebelum ini, jangan dibakul sampah. Walhal, teruskan dengan ideologi dan semangat kemahasiswaan dalam diri walaupun telah menjadi seorang pendidik.

Mengajar dan mendidik

Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. Surah al-Jumuah : 2

Sebagai pendidik, berat tanggungjawab yang harus dipikul. Silap mengajar, seumur hidup pelajar akan memegang kata-kata guru. Jangan lupa terapkan nilai-nilai murni dan akhlak terpuji kepada pelajar sewaktu mengajar dan menjalani ko-kurikulum. Jangan lepaskan peluang yang terbentang dihadapan mata kerana andalah orang pertama berjumpa dengan bakal pemimpin yang akan memacu Negara suatu hari nanti. Pastinya, kita ingin melihat Negara akan datang dipimpin oleh insan yang berakhlak mulia berlandaskan syariat Islam.


Sekian....

No comments:

Post a Comment