Saturday, October 31, 2009

Berdakwah Tiada Penghujung

Semalam saya ada terima satu sms daripada kawan yang menyatakan :

“Bismillah, dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.. Mulai tarikh 30.10.09, bersamaan hari Jumaat.. Sy dgn dkacita mmklumkn bhw mulai tarikh d atas sy meletak jwtn slaku naqib r.p.a dgn srta mrta.. Sy mmhon maaf andai tdak dpt mnjaln amanah r.p.r dgn smpurna sgi mn yg dikehendaki olek semua.. Dgn keadaan skrg yg tidak mgizinkn srta bbn amnh yg smkin brtmbh.. Jd utk kmpln usrah sy srhkn kpd usrah yg laen spya mrk mndpt didikan yg lebih baek drpd sblmnya. Wallahualam.. Itu sja drp sy yg daif..”

(ayat sms seperti yang saya terima)

Agak tersentak dan terkedu bila saya baca sms ini. Namun, inilah hakikatnya keputusan salah seorang RPA yang mahu meletakkan jawatan. Sehingga kini, saya belum lagi balas smsnya.

Terima kasih di atas sumbangan

Saya mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana telah sebelum ini telah banyak memberi sumbangan dan perkongsian ilmu dengan ahli-ahli halaqah.


Selama bersama ahli halaqah, saya lihat dari jauh beliau amat bersemangat melontarkan mutiara ilmu yang terpahat di dadanya. Sekurang-kurangnya beliau telah mengeluarkan pemahaman sempit tentang Islam kepada luasnya kemurniaan agama.


Kemungkinan beliau terbeban dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanah, beliau tidak mampu memikulnya yang menyebabkan berazam untuk melepaskan amanah ini. Lain orang, lain stailnya. Ada yang boleh mengawal dengan baik walaupun dilambakkan pelbagai kerja.


Berdakwah tiada penghujung


Saya yakin dengan keputusan yang beliau nekadkan. Beliau sudah berfikir panjang sebelum ini. Kalau tidak, mana mungkin beliau boleh komited dengan menggerakkan halaqah.

Justeru saya ingatkan bahawa berdakwah tiada penghujung. Sepanjang kita bernafas dan diberi nikmat kehidupan, sepanjang itu kita perlu berdakwah dan menyeru kepada Islam dengan sedaya upaya.


Halaqah bukanlah satu medan dakwah sahaja. Banyak cara dakwah lain yang boleh diciptakan melalui pelbagai medium agar manusia mendekatkan diri kepada Allah. Namun demikian, saya rasa satu kerugian kerana kita telah disediakan mad’u tanpa perlu bersusah payah mencari supaya dididikan dengan acuan Islam.


Berdakwah seorang diri belum tentu kita mampu laksanakan. Ianya akan berhasil dengan kita gerakan bersama-sama atau secara berkumpulan. Sebelum Rasulullah berdakwah secara terbuka, baginda mengumpulkan kekuatan terlebih dahulu menjadi satu kumpulan menerusi dakwah secara rahsia.

No comments:

Post a Comment