Friday, October 2, 2009

Gempa Bumi di Padang; Kita turut rasai

Satu lagi peringatan yang cuba diturunkan oleh yang Maha Berkuasa. Pada tahun 2005 yang lalu, thunami telah melanda di negara Indonesia dan Malaysia. Sekarang, gempa bumi telah melanda di Padang, Indonesia.

Kita turut simpati atas kejadian yang berlaku terhadap penduduk disana. Baru sahaja umat Islam bergembira menyambut hari Raya tetapi kini umat Islam di Padang menanggung kesedihan. Terdapat juga di beberapa buah tempat di Malaysia merasai gegaran gempa bumi itu.

Ada hikmah disebalik kejadian gempa bumi ini. Ianya adalh merupakan satu pengajaran yang cuba untuk mengingat pada masyarakat dunia akan kebesaran Allah. Manusia beranggapan diri mereka orang sangat berkuasa, boleh membuat apa sahaja yang disukai walaupun berlanggar dengan tuntutan syariat Islam.

Golongan ini perlu satu peringatan supaya mereka menyedari tindak tanduk yang mereka laksanakan. Maka, Allah menurunkan bencana alam seperti gempa bumi untuk mengetuk hati manusia yang alpa.

Al-Quran telah lama menyebut berkaitan dengan gegaran ini menerusi surah Zalzalah : 1-5.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsay-dahsyatnya (1) Serta bumi itu mengluarkan segala isinya (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun), "Apa yang terjadi pada bumi?" (3) Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya (berlaku demikian) (5).

Manusia akan tertanya-tanya apa yang berlaku. Maka inilah jawapannya. Bayangkan ini baru beberapa jam Allah turunkan gempa, kecoh satu dunia. Ada yang lari tanpa menghiraukan benda kesayangannya, terlupa nak kenakan baju, sudah tidak tahu apa nak buat. Ini didunia, bagaimana di akhirat kelak?

Mohd Nawwar Abu Mukhtar

No comments:

Post a Comment