Tuesday, October 12, 2010

Sekitar Pengajian Pondok Universiti pada 10 Okt lepas

Yg. Bhg. Ust. Ahmad Dusuki menyampaikan pengajiannya yang bertajuk aqidah, menggunakan buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Walaupun kita sudah lama menganuti agama Islam, namun kefahaman tentangnya masih perlu dipelajari kerana kefahaman sebelum ini hanya berdasarkan keturunan keluarga sahaja, tanpa mengambil dari sumber yang sahih.

Sesi kedua pada jam 11.20 pagi, Yg Bhg. Ust Anhar Opir menyampaikan pengajiannya yang bertajuk Fiqh Mu'amalat, menggunakan buku Fiqh Minhaji. Perbincangan bab Khiyar membuka minda para peserta PPU untuk merespon tentang isu-isu yang berlaku dalam kehidupan mahasiswa/wi muslim.


Antara peserta yang hadir ke PPU. Pada hari yang sama, terdapat juga Program Ilmiah lain seperti Pengajian Ihya' Turath dan Kem Keterampilan Mahasiswa. Insyaallah, PPU akan datang lebih ramai lagi yang akan hadir.


Peserta khusyuk mendengar pengajian yang disampaikan oleh Ust. Ahmad Dusuki.


Antara mahasiswa yang hadir ke PPU. Semoga berterusan dalam pengajian ini.
Pihak penganjur mengucapkan Jazakumullahu Khairaa kepada semua mahasiswa dan warga masyarakat yang hadir pada hari tersebut. Pihak penganjur juga ingin memohon kemaafan kerana tidak menyediakan makanan pada hari PPU. Mohon cadangan, pandangan, komen dan kritikan anda semua untuk penambahbaikan PPU akan datang.
Sekian.
Mohd Nawwar bin Abu Mukhtar

Wednesday, October 6, 2010

Siri PPU bermula.....


Assalamualaikum..

Saya bagi pihak Jawatankuasa Rakan Pengerak Ad-Din (RPA) Peringkat Pelajar ingin memohon kemaafan atas kelewatan memulakan siri Pengajian Pondok Universiti (PPU) pada semester ini. Semoga ada semua beroleh manfaat daripada PPU ini.

Sekian.

Mohd Nawwar Abu Mukhtar.

Thursday, September 23, 2010

Puasa Qadha & Sunat Syawal

Persoalan Fiqh : Tentang puasa qadha & sunat Syawal. Bolehkah kita satukan niatnya?

Ada 3 pendapat :
  1. Kena buat puasa Qadha dulu, kemudian baru puasa sunat Syawal. Ini adalah pendapat yang paling kuat. Pendapat ini sesuai dengan orang yang rajin berpuasa.
  2. Boleh bercampur niat qadha & sunat Syawal. Tetapi kena niat kedua-duanya. Pendapat ini sesuai untuk mereka yang puasa qadha tahun lepas hanya selesai di hujung Syaaban. Kebanyakan Syafi'eyah menyokong pendapat ini.
  3. Niat puasa qadha sahaja, dapat pahala yang sama (ini puasa daiya).

Sumber : al-Fadhil Ust. Fauzi Thohir, Pensyarah Kuliyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah.

Wednesday, September 22, 2010

RPA Menggalas Amanah Universiti

Jawatankuasa Pelajar Rakan Penggerak ad-Din (RPA). Di depan sebelah kiri, Mohd Nawwar Abu Mukhtar (Pengerusi), Muhammad Amirul Amran (Timb. Pengerusi). Di belakang sebelah kiri, Norain Rahmat (Setiausaha), Nor Fasihah Adnan (Timb. Setiausaha). Terima kasih diucapkan kerana berjaya mengadakan perjumpaan pertama RPA peringkat Pelajar.

Barisan RPA siswa yang hadir ke perjumpaan pertama RPA peringkat Pelajar.


Barisan RPA siswi yang hadir


Saudara Akmal mewakili RPA KUO untuk menerima sijil penghargaan daripada Urusetia Program Penggerak ad-Din, Ust. Rosliza@Rosli Mahmud (Ketua Pusat Islam UPSI).


Pengerusi RPA KHAR, Saudara Zuremi menerima sijil penghargaan.


Menghayati bait-bait lagu tema Program Penggerak ad-Din (PPA)


Bersemangat menyanyi lagu tema PPA


"Marilah beramal... Beramal kerana Allah" antara bait lagu yang dialungkan


Pemuda Agen Pengubah


Senyuman di depan lensa kamera tidak putus-putus. Mengambil kesempatan bergambar dengan sahabat-sahabat 'Purple'.


Tekun mendengar ceramah yang disampaikan


Pastinya ada antara butiran ceramah yang mencuit hati RPA


Ceramah disampai oleh al-Fadhil Ust. Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Penasihat Agama Angkasawan Negara dan juga Pensyarah Jabatan Pengajian Islam UPSI. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk "KETIKA HALAQAH BERTASBIH".


RPA membuat pendaftaran sebelum program

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perjumpaan pertama RPA peringkat Pelajar yang diadakan pada 31 ogos 2010, di Dewan Seri Tanjong, UPSI. Semoga ianya menjadi amalan soleh kita bersama. Teruskan melaksana halaqah dengan penuh kasih sayang dan titiskan ajaran Islam kepada ahli halaqah anda. Tugas ini merupakan tugas khalifah di dunia dan juga amanah daripada universiti.
MENJANA PENDIDIK MUTTAQIN
Sekian.
Mohd Nawwar bin Abu Mukhtar
Pengerusi
Jawatankuasa RPA
Peringkat Pelajar

Saturday, September 18, 2010

Fitrah Manusia Seputih Susu 1 Malaysia

Kita sering kali diulangi pada setiap dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Allah s.w.t. memilih bulan Rejab sebagai bulan belakunya peristiwa ini. Menurut Said Ramadhan Butti, peristiwa ini berlaku kerana ingin menggembirakan hati kekasihnya, Rasulullah s.a.w. yang sedang berdukacita. Orang kuat yang membantu baginda dalam perjuangan, Abu Talib (bapa saudara) dan Saidatina Khadijah (isteri baginda) telah meninggal dunia.

Selepas kejadian itu, Rasulullah s.a.w. tiada lagi benteng pertahanan dan orang yang memberi semangat kepada baginda yang menyebabkan musuh-musuh Islam boleh memperlakukan apa sahaja ke atas tubuh mulia baginda. Maka, Allah s.w.t. menjemput kekasihnya bagi menggambarkan kepada baginda akan kebesaran Ilahi dan Allah s.w.t. sahajalah tempat memohon pertolongan.

Antara peristiwa yang berlaku sepanjang Rasulullah dimikrajkan (diangkat) ke Sidratul Muntaha iaitu Rasulullah s.a.w. diberi pilihan dua air oleh malaikat iaitu arak dan susu. Dengan taqdir Allah s.w.t., baginda telah memilih susu.

Susu diibaratkan fitrah semulajadi yang pada tubuh manusia. Pada batang tubuh manusia terdapat fitrah beragama tidak kira walau apa pun bangsa dan warna kulitnya. Kekadang kita mendengar kes-kes manusia bertuhankan sesama manusia dan sesama makhluk lain. Asasnya, manusia memang mencari Tuhan sebagai tempat pergantungan dan mohon pertolongan.



Susu 1 Malaysia

Alhamdulillah, kerajaan persekutuan telah merencana satu projek baru iaitu pemberian susu 1Malaysia kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Peruntukkan sebanyak RM 4 juta akan dibelanjakan bagi menjayakan projek ini.

Tujuan utamanya adalah ingin melahirkan generasi yang lebih cerdas. Kita harapkan projek yang baru dilancarkan ini membawa pulangan seperti mana yang dikehendaki.

Namun begitu, seusia pelajar sekolah rendah juga perlu diberikan susu atau fitrah semula jadi iaitu kefahaman Islam yang komprehensif dan syumul. Di usia kanak-kanak mudah untuk diasuh dan dididik supaya mereka memahami dan minat terhadap Islam.

Islam bukan hanya diajarkan kepada pelajar Islam khususnya berbangsa Melayu sahaja, tetapi perlu di ajar kepada semua bangsa yang terdapat dalam Malaysia. Dengan beragama, masyarakat akan jadi harmonis dan sejahtera, aman dari masalah sosial.

Mungkin kerajaan persekutuan boleh merancang bagaimana untuk melaksanakannya secara sistemetik dan efektif. Akhirnya, fitrah yang terdapat dalam diri manusia boleh dikawal dengan acuan Islam.

Perjalanan Hidupku Sepanjang Minggu Aidilfitri 1431

Pahlawan Malaysia, Ust. Arif Izduan (tengah). Kebetulan walimah beliau hari Malaysia, 16 September. Bergambar bersama dengan mantan Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan (BDK) MMAS sesi 2004, Syeikh Habib Zul Azwan, mantan Setiausaha Agong BDKMMAS sesi 2005, Ust. Arif Izduan dan mantan Pengerusi BDKMMAS sesi 2006, al-Faqir Mohd Nawwar Abu Mukhtar.

Bersama dengan Ust. Farid Hj Din, mantan Presiden Persatuan Pergerakkan Pelajar Islam Kedah (PPIK) sesi 2004 dan juga mantan YDP MPP USIM sesi 2008.


Gambar ini ketika saya dan Fahami baru sampai ke rumah kenduri di Tualang. Kami tengah merenung masa depan Islam umumnya di Malaysia, khususnya di Kedah Sejahtera.


Barakallahu lakuma kepada Afifi & pasangannya, Aiman Majidah. Ini batch SPM 2005 MMAS yang pernah menggerakkan Badan Dakwah dan Kebajikan pada satu ketika dahulu.

Kami bertandang ke rumah Abu Qahafah, bekas Presiden PPIK sesi 2009 (orangnya di sebelah saya). Beliau akan berangkat ke bumi Anbiya' Mesir untuk melanjutkan pelajar di Universiti al-Azhar. 4 tahun lagi, Insyaallah lahirlah seorang ulama' muda yang akan berjuang dan menyemarakkan Islam di bumi Malaysia.


Saya dan sahabat-sahabat menziarahi Ustaz Nazmi, orang kuat Sarawak. Kemunculannya selama hampir 4 tahun di bumi Kenyalang membawa satu sirna Islam yang baru. Harapan beliau agar Islam terus mekar di bumi Sarawak dan mengharapkan anak watan Sarawak sendiri yang menyebarkan Islam di sana.


Perbincangan serius antara Ust. Farid Hj Din (bekas YDP MPP USIM sesi 2008 dan sekarang guru di Maahad Mahmud Bandar Baharu) dan Ust. Sufian Ismail (Guru Besar Sekolah Rendah Agama di Puchong) di rumah kenduri Ust. Ariff Izduan. Perbincangan menjurus kepada perjalanan dakwah di bumi Malaysia.


Bergambar bersama mantan Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan MMAS sesi 2004, Syeikh Habib Zul Azwan Abdullah (Adnan namanya di bumi Yaman). Perjumpaan terakhir dengan beliau sebelum berangkat pulang ke bumi Yaman pada 22 September 2010 ini. Insyaallah, 5 tahun lg, lahir lagi seorang ulama muda.


Orang yang berbaju raihan warna hijau, Ust. Sobri Elias, mantan Ketua Lembaga Pengawas dan Tatatertib Maktab Mahmud Alor Setar (juga merangkap Ketua Pelajar) sesi 2004 & 2005. Sekarang beliau sedang menuntut pelajar di peringkat Ph.D di Universiti Malaya. Dari Ijazah Sarjana Muda terus ke Ph.D.

Coret-coret Walimatul Urus Abu Hanifa

Saya bergambar bersama raja sehari di rumah pengantin lelaki pada hari raya ke 4

Antara sebahagian keluarga Hj. Mustafa & Hjh. Habibah. Namun datuk dan nenek saya tidak dapat hadir kerana keuzuran.


Gambar pengantin ketika berada di hadapan rumah saya


Raja sehari menjamah makanan yang disediakan


Antara sebahagian sepupu saya sebelah adik beradik ayah


Orang ramai menikmati nasi minyak masakan Kg. Sg. Gelam berserta gulai daging lembu dan kerbau


Gambar ayah (sebelah kiri) dan Pak Ngah (adik ayah) sewaktu menyambut tetamu


Kanak-kanak kecil sedang beristirehat di dalam rumah setelah penat mengedar bunga telur


Persiapan terakhir sebelum kenduri


Pak Cik Mat & Pak Su Awang sedang tekun memasak


Ayah dan Lebai Rahim sedang memerhatikan orang ramai melapah daging lembu dan kerbau


Semangat kerjasama penduduk Kg. Sg. Gelam dalam menjayakan sesebuah kenduri dalam kampung tersebut


Walimatul Urus di Selengkoh, Yan

Ketibaan rombongan pengantin lelaki dari Kg. Sg. Gelam yang disambut mesra oleh tuan rumah

Antara hantaran daripada pengantin lelaki

Raja sehari di meja makan yang dihias khas untuk pengantin

Ni kanak-kanak kecil yang turut serta dalam rombongan pengantin lelaki




Sepupu dan adik perempuan saya bergambar bersama pengantin

Saya bersama abang dan kak ipar


Dua pemuda yang bakal menggugah dunia baru


Gambar ni diambil untuk dijadikan kenangan peribadi, bukannya mencari siapa di sisi