Saturday, September 18, 2010

Fitrah Manusia Seputih Susu 1 Malaysia

Kita sering kali diulangi pada setiap dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Allah s.w.t. memilih bulan Rejab sebagai bulan belakunya peristiwa ini. Menurut Said Ramadhan Butti, peristiwa ini berlaku kerana ingin menggembirakan hati kekasihnya, Rasulullah s.a.w. yang sedang berdukacita. Orang kuat yang membantu baginda dalam perjuangan, Abu Talib (bapa saudara) dan Saidatina Khadijah (isteri baginda) telah meninggal dunia.

Selepas kejadian itu, Rasulullah s.a.w. tiada lagi benteng pertahanan dan orang yang memberi semangat kepada baginda yang menyebabkan musuh-musuh Islam boleh memperlakukan apa sahaja ke atas tubuh mulia baginda. Maka, Allah s.w.t. menjemput kekasihnya bagi menggambarkan kepada baginda akan kebesaran Ilahi dan Allah s.w.t. sahajalah tempat memohon pertolongan.

Antara peristiwa yang berlaku sepanjang Rasulullah dimikrajkan (diangkat) ke Sidratul Muntaha iaitu Rasulullah s.a.w. diberi pilihan dua air oleh malaikat iaitu arak dan susu. Dengan taqdir Allah s.w.t., baginda telah memilih susu.

Susu diibaratkan fitrah semulajadi yang pada tubuh manusia. Pada batang tubuh manusia terdapat fitrah beragama tidak kira walau apa pun bangsa dan warna kulitnya. Kekadang kita mendengar kes-kes manusia bertuhankan sesama manusia dan sesama makhluk lain. Asasnya, manusia memang mencari Tuhan sebagai tempat pergantungan dan mohon pertolongan.



Susu 1 Malaysia

Alhamdulillah, kerajaan persekutuan telah merencana satu projek baru iaitu pemberian susu 1Malaysia kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Peruntukkan sebanyak RM 4 juta akan dibelanjakan bagi menjayakan projek ini.

Tujuan utamanya adalah ingin melahirkan generasi yang lebih cerdas. Kita harapkan projek yang baru dilancarkan ini membawa pulangan seperti mana yang dikehendaki.

Namun begitu, seusia pelajar sekolah rendah juga perlu diberikan susu atau fitrah semula jadi iaitu kefahaman Islam yang komprehensif dan syumul. Di usia kanak-kanak mudah untuk diasuh dan dididik supaya mereka memahami dan minat terhadap Islam.

Islam bukan hanya diajarkan kepada pelajar Islam khususnya berbangsa Melayu sahaja, tetapi perlu di ajar kepada semua bangsa yang terdapat dalam Malaysia. Dengan beragama, masyarakat akan jadi harmonis dan sejahtera, aman dari masalah sosial.

Mungkin kerajaan persekutuan boleh merancang bagaimana untuk melaksanakannya secara sistemetik dan efektif. Akhirnya, fitrah yang terdapat dalam diri manusia boleh dikawal dengan acuan Islam.

No comments:

Post a Comment