Monday, August 31, 2009

Bersama dengan Dr. Khalif Muammar


Wacana Ilimiah ini merupakan program bedah yang julung kalinya diadakan oleh Persatuan Pendidikan Islam UPSI. Pada mulanya perancangan ingin menjemput Ustaz Hasrizal (Saifulislam) bagi membentang buku beliau yang bertajuk Bercinta Sampai ke Syurga Memandangkan sebelum ini sudah ada tajuk cinta yang dibahaskan di atas pentas forum di beberapa kolej kediaman, maka PPIUPSI menukar tajuk ke Atas Nama Kebenaran Tanggapan Kritis Tarhadap Wacana Islam Liberal.

Dr. Khalif Muammar merupakan penulis buku tersebut. Beliau menghasilkan sebuah buku itu yang memakan selama tiga tahun lebih (hasil perbualan dengan beliau). Beliau menggabungkan lembaran kertas kerja yang pernah dibentangkan di seminar-seminar yang lepas.

Sewaktu beliau membentangkan isi pokok penulisan buku Islam Liberal, beliau banyak melontarkan idea daripada peribadi sendiri. Bagi saya, Dr. Khalif seorang pemikir yang kritis terdapat isu ini kerana sangat teliti mengambil pandangan sarjana-sarjana dan para ulama muktabar.

Sangat menarik dalam wacana ini apabila beliau banyak mengupas hal-hal semasa. Antaranya beliau menjelaskan, pada zaman moden yang serba canggih, battle of idea atau pertembungan idea menjadi satu trend dalam kehidupan. Manusia hanya menggunakan akal logik semata-mata tanpa merujuk kepada nas-nas yang juga membenarkannya.

Kini, siapa yang dapat menjana pandangan dan idea yang boleh mempengaruhi orang ramai, maka individu tersebut dapat menguasai dunia. Ini antara unggapan yang Dr. Khalif sebutkan kepada para peserta wacana.

Walaupun tajuk wacana amat berat untuk dibincangkan, tetapi PPIUPSI cuba mewujudkan budaya ini supaya ia menjadi satu anjakan paradigma bagi mahasiswa yang lain menuruti jejak langkah ini.

Mohd Nawwar bin Abu Mukhtar

1 comment:

  1. Salam Ramadhan n Salam Perjuangan. Tahniah atas penubuhan blog nta ini. semoga laman maya ini menjadi medan dakwah yg ampuh, teruskan menulis dan berkongsi.

    Tahniah gak atas kepimpinan nta buat PPI selama dua penggal. Banyak perubahan dan kesan yg dirasai oleh UPSI. Smoga PPI terus memacu kecemerlangan.

    P/s:nama ana tu salah..

    Perjuangan dikampung halaman,
    Tg abd Ghafar B Tg Ahmad

    ReplyDelete