Sunday, April 18, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester khususnya warga UPSI yang akan bermula pada 20 April 2010.

Perjalanan menimba ilmu pada semester ini begitu singkat sehingga tidak terasa sudah berada pada penghujung semester. Pelbagai kegiatan persatuan dan tugasan akademik telah berjaya dijalankan.

Kini, mahasiswa hanya memfokuskan kepada peperiksaan yang bakal ditempuhinya. Buku menjadi teman dan studi group menjadi budaya sepanjang tempoh masa ini.

Semoga kita mendapat kejayaan di dalam peperiksaan kali ini. Berkat usaha, doa dan tawakal akan menghasilkan kejayaan di dunia dan akhirat.

Sekian

Mohd Nawwar bin Abu Mukhtar