Thursday, July 21, 2011

Tentatif Kursus Pengukuhan Diri Melalui Penghayatan Ibadah Solat



Jumaat - 19 OGOS 2011 / 19 RAMADHAN 1432H

8.15 – 8.30 pagi :
Peserta mengambil tempat

8.30 – 10.45 pagi :
Slot 1
Tajuk : Menghayati Sifat Ibadah Solat
Penceramah : Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman

10.45 – 11.00 pagi :
Rehat

11.00 – 12.30 tengah hari :
Slot 2
Tajuk : Ibadah Solat; Mengikut Perspektif Sains dan Perubatan Moden
Penceramah : Prof. Dr. Fatimah binti Ibrahim

12.30 – 3.00 petang :
Rehat

3.00 – 5.00 petang :
Slot 3
Tajuk : Membina Misi dan Visi Hidup Melalui Penghayatan Ibadah Solat
Penceramah : Ustaz. Hasrizal bin Abdul Jamil

5.00 petang :
Bersurai


Untuk penyertaan :

Bagi Staf UPSI, boleh membuat pendaftaran melalui Unit Latihan di MyUPSIportal.
Bagi mahasiswa, boleh mebuat demikian di Pusat Islam UPSI.

Penyertaan adalah terhad.

Sekian.

Thursday, July 7, 2011

Ziarah Penterjemah Buku Fiqh Sirah Ramadhan al-Buti

Semasa menjalani fasa praktikal di Klang (cuti hari Wesak), saya dan beberapa orang sahabat bertemu dengan seorang tokoh ilmuan yang sangat berjasa dalam bidang penterjemahan iaitu Ust Darus. Antara kitab yang telah diterjemahkan ialah buku Fiqh Sirah Ramadhan al-Buti, sebuah buku yang masyhur dalam kalangan peminat sirah Nabi Muhammad saw.

Pertemuan yang penuh bermakna ini telah diuruskan oleh salah seorang tenaga pendidik di KISAS. Terasa mudah sekali berjumpa dengan al-Fadhil Ust Darus apabila Ustz. Hilmiyah ini mengenali rapat dengan beliau. Hasil perbualan saya dengan Ustz. Hilmiyah, setengah jam selepas itu beliau telah mengatur pertemuan kami dengan penterjemah buku fiqh sirah tersebut.

Aktiviti ziarah ulama atau tokoh ilmuan merupakan salah satu tarbiyah dalam diri dan jiwa manusia. Bila bertemu mata dengan susuk tubuh ini, kita akan mendengar tazkirah dan nasihat secara khusus dari hati ke hati. Kita boleh mewujudkan sesi perkongsian dan pertanyaan sewaktu pertemuan itu Berbeza dengan kita mendengar melalui kuliah dan ceramah umum. Sasarannya sangat besar dan penyampaiannya pula secara umum sahaja.

Pada permulaannya , Ust Darus menekankan soal kepentingan ilmu. Beliau menyatakan kerana ilmu :

1. Manusia itu dimuliakan oleh Allah swt sehingga diperintah kepada para malaikat sujud kepada manusia. Manusia diajarkan dengan beberapa nama yang dinisbahkan sebagai ilmu. Menerusi firman Allah swt dalam surah al-Baqarah: 31:

“Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya”

2. Binatang buruan seperti anjing, kita dibenarkan syarak untuk memakan haiwan yang telah ditangkap atau diterkam oleh anjing buruan. Hal ini disebabkan anjing itu telah diajari dengan ilmu pemburuan. Berbanding dengan anjing yang tidak dilatih, mangsanya kita tidak makan.

3. Allah swt memerintah Nabi Musa as menuntut ilmu dengan Nabi Khidir (ada pendapat menyatakan seorang orang soleh). Walaupun bergelar seorang nabi yang berkedudukan tinggi, namun atas nama ilmu Nabi Musa as juga diperintahkan supaya menuntut ilmu dengan Nabi Khidir.

Selain itu, Ust Darus juga berkongsi tentang kesan ketiadaan khilafah Islamiyah. Perumpamaan yang diberikan seperti saf-saf solat yang renggang dan lompang. Bila saf ini tidak rapat, syaitan akan mengambil kesempatan berada dicelah-celah saf itu dan mengganggu orang sedang menunaikan solat. Begitu juga apabila orang Islam tiada khilafah di dunia kini, maka umat Islam tiada kesatuan dan berpecah. Negara umat Islam yang ada akan membawa haluan masing-masing. Pelbagai fahaman seperti sekularime dan nasionalisme akan menular masuk dalam fikiran umat Islam.

Banyak lagi perkongsian Ust Darus bersama kami. Tidak termampu nak dicatatkan dalam tulisan ini. Mungkin boleh bertanya dengan sahabat-sahabat lain yang turut serta dalam aktiviti ziarah itu (bagi mereka yang mengenali). Walaubagaimanapun, tujuan asal perjumpaan ini adalah semata-mata ingin bertemu tokoh ilmuan tersebut dan menjalinkan hubungan silaturrahim.

Ucapan terima kasih kepada Ustz Hilmiyah kerana sudi menunaikan hajat kami. Tidak dilupakan juga sejambak ucapan terima kasih kepada al-Fadhil Ust Darus kerana sudi menerima kami sebagai tetamu. Semoga Allah swt merahmati ustaz dan ustazah.